★☆ Perhatian: Jaga Keselamatan Anak & Patuhi Peraturan Lalu Lintas!☆★

★☆ 18/3-31/8.2020 RMCO !☆★

8.11.2020 Semua Sekolah di bawah KPM akan ditutup 9 November hingga akhir tahun 2020.

 Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengumumkan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara akan ditutup pada 9 November hingga akhir tahun 2020. 

Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan semua sekolah di seluruh negara ditutup bermula esok hingga ke hari akhir persekolah tahun ini iaitu bagi negeri di bawah Kumpulan A, hari akhir persekolahan pada 17 Disember 2020 manakala bagi Kumpulan B pada18 Disember 2020.

"Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara 'Home-based Learning' mengikut kesesuaian guru, pelajar dan murid.