★☆ Perhatian: Jaga Keselamatan Anak & Patuhi Peraturan Lalu Lintas!☆★

★☆ 18/3-31/8.2020 RMCO !☆★

Sejarah Sekolah


SEJARAH DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

1938: - Penubuhan sekolah dimulakan oleh Encik Lin Jin Hang bersama Lim Shan, Wu Jun Xian, Lin Wang, Lin San Cao, Chen Jin Tan, Lin Wen Biong, Lin Lian Deng dan lain-lain.
- Sekolah beralamat di atas sebidang tanah kepunyaan Encik Lin Jin Hang.
- Sekolah adalah rumah atap dengan 2 buah bilik darjah dan sebuah dewan. Bilangan murid sejumlah 20 lebih orang.
- Sekolah didaftar sebagai Sekolah Persendirian Choong Wen. Guru Besar yang pertama ialah Encik Lin Wen Bing.
- Segala perbelanjaan sekolah dibiayai dengan kutipan yuran sekolah dan bakinya ditanggung oleh Encik Lin Jin Hang.
1941: - Tanah Melayu ditakluk oleh Jepun. Sekolah telah diuruskan oleh Encik Li Ming De dan segala rekod dokumen sekolah telah kehilangan dalam tempoh masa ini.
1945: - Tanah Melayu dijajahi oleh British semula. Wu Jun Xian, Lin Jin Hang, Chen Jin Tan, Lin San Cao, Lin Lian Sheng, Xie Qin dan Ye Tai Jiu telah berusaha untuk memperbaiki sekolah dan menambah alat bantu mangajar. Mereka ingin membuka semula sekolah.
1946: -  Encik Deng Huai Ji sebagai Guru Besar dan seorang guru untuk mengurus sekolah. Bilangan murid mencapai 60 lebih orang pada masa itu. Lembaga Pengurus Sekolah juga ditubuhkan. Pengerusi Lembaga Pengurus disandang oleh Encik Wu Jun Xian.
1948: - Jumlah murid mencapai 160 orang. Dewan sekolah terpaksa diubahsuai menjadi 2 buah bilik darjah untuk menampung 4 kelas murid.
1949: - Sekolah berjaya mendapat kelulusan sebidang tanah yang seluas ½ ekar dari Lembaga Tanah untuk tujuan membina bangunan sekolah baru.
1951: - Bilangan murid mencapai 240 orang, jawatankuasa pembinaan sekolah mula menjalankan usaha untuk pembinaan bangunan sekolah. Pengerusi Lembaga Pengurus disandang oleh Encik Lin San Cao. Oleh kerana pertukaran guru besar yang kerap di sekolah, seramai 3 orang guru besar telah ditukarkan dalam masa 6 bulan. Keadaan ini telah menjejaskan usaha pembinaan bangunan sekolah baru.
1954: - Bilangan murid bertambah menjadi 320 orang, jawatankuasa pembinaan sekolah menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah baru. Sebanyak 6 buah bilik darjah baru dan sebuah dewan telah siap dibina pada akhir tahun itu.
1955:  - Sekolah Choong Wen hanya dibuka sehingga Tahun 4 sahaja.
1956: - Bilangan murid bertambah menjadi 480 orang, Lembaga Pengurus membuka kelas sekolah rendah atas. Bilangan kelas sejumlah 11 kelas, antaranya sebanyak 6 kelas diberi bantuan manakala 5 kelas adalah tanpa bantuan.
1957: - Bilangan murid seramai 680 orang, kelas yang diberi bantuan sebanyak 10 kelas manakala 7 kelas dikecualikan. Bilangan guru seramai 20 orang. Lembaga Pengurus menambah 3 buah bilik darjah dan sebuah gelanggang bola keranjang.
1963: - Bilangan murid mencapai 890 orang dengan 20 kelas bantuan dan 2 kelas tanpa bantuan manakala bilangan guru pula seramai 26 orang.
1964: - Bantuan daripada Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Dato Lee Xiao Yu dan mendapat kelulusan sebidang tanah seluas 4 ekar sebagai tapak sekolah.
1973: - Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan. Bilangan murid bertambah dengan pesat. Lembaga Pengurus menggerakkan projek pembinaan bangunan sekolah. Lembaga Pengurus memindahkan penduduk setinggan yang bertempat di atas tapak sekolah.
1974: - Jawatankuasa pembinaan sekolah ditubuhkan oleh Encik Lin San Cao sebagai pengerusi Lembaga Pengurus menjalankan kutipan derma dari pintu ke pintu di kawasan sekitar Jalan Klang Lama. Hasil kutipan mereka amat menggalakkan.
1975: - Projek pembinaan sekolah fasa pertama iaitu seblok bilik darjah tiga tingkat sebanyak enam buah bilik darjah dengan tandas baru. Kos pembinaan ini menelan perbelanjaan RM20 juta lebih. Pengerusi Lembaga Pengurus Encik Lin San Cao bersara atas sebab kesihatan.
1976:- Murid sekolah ini meningkat kepada 1380 orang, guru seramai 34 orang dengan staf sokongan 6 orang. Bilangan kelas sebanyak 28 kelas. Lembaga Pengurus diketuai oleh Encik Lin Lian Sheng. Blok tiga tingkat baru telah digunakan secara rasmi untuk kegunaan murid yang semakin bertambah. Jawatankuasa pembinaan sekolah dipengerusi oleh Encik Lin Lian Sheng.
1977: - Projek pembinaan sekolah fasa kedua bermula. Pelan sekolah telah direka bentuk oleh akitek sukarela, Encik Wang Ming Xing. Pelan itu termasuk 15 buah bilik darjah dalam tiga tingkat dan diluluskan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran, Encik Chen De Ming. Sekolah menganjurkan pameran karya seni murid dan pencapaian murid. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh bekas pengerusi Lembaga Pengurus, iaitu Encik Lin San Cao.
1978: -  Guru Besar Puan Yap Chi Ling bersara pada 17 April, Encik Chai Jian Min telah diamanahkan untuk menguruskan sekolah oleh pihak jabatan. Akan tetapi pada 1 Mei 1978, Guru besar Su Zhao Xi dari Ipoh telah ditempatkan ke sekolah ini. Bilangan murid meningkat menjadi 1531 orang dan dibahagikan kepada 36 kelas, bilangan guru bertambah kepad 44 orang bersama 8 orang staf sokongan. PIBG sekolah memperuntukkan RM2 juta untuk menyelenggara bilik darjah, bilik guru dan bilik guru besar. Lembaga Pengurus, ahli PIBG dan Persatuan Bekas Murid (Alumni) menghadiahkan kipas, sofa, mesin hawa dingin, meja guru sebanyak 40 set dan almari kepada sekolah. Kesemua ini berjumlah RM2.5 juta. Pada 18 Jun 1978, Menteri Kampung kemajuan Perumahan, Dato Chen Yong Sen melawat ke sekolah dan memperuntukkan RM5000 untuk membina gelanggang bola keranjang dan RM8000 untuk membina jalan masuk ke sekolah. Selain itu, Jabatan Kerja Raya juga membantu membaiki pagar, pintu dan tingkap bilik darjah sekolah. Kos penyelenggaraan itu sejumlah RM 1 juta.
1979:- Masalah pemindahan penduduk setinggan atas tapak sekolah berjaya diselesaikan dengan bantuan Dato Lee Kim Said dan Dato Yap Bing Han.  MCA cawangan Jalan Klang Lama menganjurkan jualan amal untuk sekolah dan berjaya mengutip RM7000 untuk tabung pembinaan sekolah. Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Bekas Murid (Alumni) menganjurkan jamuan makan malam amal dan berjaya mengutip hampir RM28 juta untuk tabung pembinaan sekolah fasa kedua. Sumbangan dari jualan amal oleh Restoran Cheng Kee berjumlah RM27,000 manakala Persatuan Penjaja Jalan Lama pula menyumbangkan RM 4,000 untuk tabung pembinaan sekolah.
1980: - Projek pembinaan sekolah fasa kedua bermula pada 16 November. Upacara pecah tanah telah dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengurus, Encik Lin Lian Sheng. Kos pembinaan bernilai lebih kurang RM 32 juta.
1981: - Ahli parlimen Encik Kee Yong Hui berjaya memperolehi RM5 juta dari Kementerian Pelajaran untuk tabung pembinaan sekolah.
1982: - Bilangan murid mencapai 1994 orang. Murid-murid dibahagikan kepada 43 kelas, guru seramai 53 orang dengan staf sokongan 9 orang. Jawatankuasa pembinaan sekolah berusaha membina pagar sekolah, 3 buah pintu besar dan padang untuk kegunaan sekolah.
1983: - Pada 31 Oktober, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr.Tan Chong Hong melawat ke sekolah untuk merasmikan sukan tahunan sekolah. Pelaksanaan 3M diperkenalkan. Lembaga Pengurus dan PIBG telah memperuntukkan RM9000 untuk membantu membeli alat bantuan mengajar, membina gelanggang bola keranjang dan badminton.
1984: - Bilangan murid meningkat sehingga 2005 orang. Keputusan Ujian Penilaian Tahun Lima memperbarui rekod sekolah, seorang murid telah berjaya mendapat 6A dan 9 orang murid mendapat 5A.
1985: - Pengerusi Rukun Tetangga kawasan ini, Enik Choong Hai Chong telah berusaha bersama AJK Rukun Tetangga untuk membina sebuah gelanggang bola keranjang berlampu. Kos pembinaanya sejumlah hampir RM5,000. Pengerusi PIBG, Encik Lin Ya Cai bersetuju untuk memasang loceng elektrik yang bernilai RM3,000 untuk kegunaan sekolah. Lembaga Pengurus penambahbaikan semua tandas sekolah yang berkos hampir RM1 juta. Guru besar Encik Su Zhao Xi bersara pada 28 November.  
1986: - Guru Besar Encik Chen Zai Guang bertugas pada 16 Januari. Pancaragam brass sekolah Choong Wen juga ditubuhkan. Pasukan pancaragam ini dibimbing  oleh jurulatih Encik Fang Hang Hui dan dibantu oleh guru-guru sekolah. Pihak sekolah juga berjaya mengadakan kempen keceriaan sekolah dan ceramah prihatin terhadap anak untuk para ibu bapa. Pertunjukan malam kebudayaan juga dianjurkan bawah pimpinan Guru besar Encik Chen Zai Guang.
1987: - Pencapaian aktiviti kokurikulum mula menyerlah. Murid Cheng Li Chu berjaya memenangi pingat perak dalam pertandingan Melukis Kanak-Kanak Sedunia.
1988: - Perayaan Jubli Emas sekolah.  Lembaga Pengurus menjalankan projek pembinaan sekolah untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat termasuk sebuah kantin dan pusat sumber sekolah yang lebih besar demi menampung keperluan anak-anak murid yang kian bertambah. Sempena sambutan Jubli Emas, pihak sekolah telah menganjurkan jamuan makan malam amal untuk mengutip derma serta pameran karya seni murid.
1988: - Murid-murid Tahun 6 telah menduduki UPSR. Keputusan murid sekolah ini amat baik, salah seorang murid berjaya mendapat 7A. Pihak sekolah di bawah kepimpinan Guru Besar Encik Chen Zai Guang juga telah mengadakan kempen keceriaan. Tujuannya untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada warga sekolah.
1989: - Murid seramai 1700 orang, guru sebanyak 68 orang dan staf sokongan 10 orang. Ketika itu, kemudahan sekolah termasuk 18 buah bilik darjah baru, 6 buah bilik darjah lama, sebuah perpustakaan, bilik komputer, bilik tarian, bilik ABM, kedai buku, bilik cetak, bilik muzik, gelanggang bola keranjang berlampu malam, padang besar, 7 buah gelanggang badminton terbuka serta bilik ping pong.
1992: - Projek pembinaan sekolah pada tahun 1988 telah siap. Bangunan 4 tingkat ini mengandungi sebuah kantin yang besar dan pusat sumber sekolah yang lengkap.
1994: - Pasukan pancaragam brass sekolah dinaiktaraf menjadi pancaragam simfoni.
1995:- Jawatankuasa pembinaan dewan sekolah ditubuhkan dan menganjurkan “Pertunjukan Amal 10 Penyanyi Terkemuka bersama Nanyang Siang Pau” dan berjaya mendapat kutipan derma sebanyak RM220 juta.
1998: - Upacara pecah tanah dewan dilancarkan. Pasukan Gendang 24 Musim (24 Jie Lin Gu) ditubuhkan.
1999: - Pihak sekolah menganjurkan “Pertunjukan Amal 10 Penyanyi Terkemuka bersama Nanyang Siang Pau” untuk mengutip derma dan memperolehi sumbangan yang berjumlah RM120 juta.
2000: - Satu sesi persekolahan. Pihak sekolah juga menganjurkan jamuan makan amal dan berjaya dapat RM50 juta untuk tabung pembinaan sekolah. Dewan besar sekolah siap di bina untuk kegunaan sekolah.
2002: - Pihak sekolah menganjurkan “Pertunjukan Amal 10 Penyanyi Terkemuka bersama Nanyang Siang Pau” untuk kali ketiga dan dapat kutipan berjumlah RM200 juta untuk pembinaan bangunan 4 tingkat dengan 21 bilik darjah.
2003: - Pembinaan bangunan 4 tingkat yang berhawa dingin dan siap 2004.
2005:- Dewan sekolah dipasang hawa dingin dan kelab Penyayang Ibu Bapa ditubuhkan. Guru Besar Encik Wong Shee Fatt bertugas di sekolah ini pada bulan Jun. Pelaksanaan sistem pengkomputeran pengurusan sekolah. Pemasangan CCTV di sekolah juga mula beroperasi. Laman web sekolah dikemaskinikan untuk menyalurkan maklumat sekolah kepada para ibu bapa. Semua bilik darjah juga dipasang hawa dingin untuk keselesaan pembelajaran murid-murid. Persatuan Gabungan Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Bekas Murid (Alumni) Sekolah.
2007: - Sekolah mula menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan komputer. Sekolah ini dilantik oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk mewakili Malaysia menyertai Program Heart to Heart Sukan Olimpik Beijing 2008. Sekolah ini bersahabat dengan sekolah rendah Xue Fu Beijing, China untuk menjalankan beberapa aktiviti sempena sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008 seperti pertandingan melukis dan mewarna logo Sukan Olimpik Beijing 2008 dan penyertaan pengerusi Lembaga sekolah sebagai wakil dalam Obor Olimpik Beijing di Kuala Lumpur pada 21 April.
2008: - Sambutan ulang tahun ke – 70 dan mengadakan sambutan secara besar-besaran. Bilik Galery  Choong Wen juga dirasmikan.
2009: - Rancangan sekolah Digital dan Kelas Bestari dilaksanakan dan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Y.B. Datuk Dr. Wee Ka Siong pada 12 Mac 2010.
2010: - Rancangan Projek Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung, Padang berlandasan, dan tempat letak kereta bawah tingkat disyorkan. Pengurus Lembaga sekolah, Kelab Alumni, PIBG dan Kelab Berhubung berjaya mengumpul RM 104 juta pada aktiviti-aktiviti Jamuan Makan Malam kali pertama. Banyak kali aktiviti dijalankan untuk tujuan mengumpul wang pembangunan dan akhirnya pihak Lembaga Pengurus dapat mengumpul sebanyak RM500 juta.
2012: - 19 Februari, Projek ini siap dibina dan perasmian secara meriah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai. Beliau juga menderma sebahagian wang iaitu sebanyak RM 5 juta untuk pihak sekolah sebagai Tabung Pembangunan Pendidikan.
2013: - 5 Mei, sekolah telah menjadi Pusat Pembuangan Undi sebanyak 5 saluran. Pada tarikh 3 hingga 6 Mei 2013, Guru Besar telah menghadiri Seminar ICT Antarabangsa di Vietnam. Sekolah telah melancarkan perasmian penggunaan Chrome Lab dan melonjakkan sekolah ke dunia e-pembelajaran  (Web 2.0) pada 25 April. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong. Lawatan 35 orang Guru Besar dari Melaka untuk menjalankan aktiviti perlawanan persahabatan badminton dan bola keranjang.
2014:- Pelancaran WeChat Sekolah
2015:- Pembinaan Bangunan Tambahan Blok Pentadbiran
2016:- Pelancaran Apps AllSchools. Frog Hub Sekolah diperkenalkan. Sekolah telah melancarkan perasmian penggunaan STEM Lab dan melonjakkan sekolah ke dunia e-pembelajaran  (Web 2.0) pada 15 April. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Chong Sin Woon.