Setelah siap diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di
Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut. Setelah dia melihat-lihat komputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia membayar hargaku, dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Soo Ai Ling. Dia bekerja sebagai seorang akauntan.
Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada hujung minggu, tuan aku melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu dan menonton video dengan menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan aku kerana aku cantik dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu dilap oleh tuan aku pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih selalu.
Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku dimasuki virus. Kemudian, aku rosak. Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki. Akhirnya, aku pulih semula.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku selama-lamanya.
Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.
Liang Wai See
6S