搜索结果
网络搜索结果
Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti
yang berikut:
5.1. Pentadbir Sekolah
5.1.1. memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat
untuk beroperasi;
5.1.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir
ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat;
5.1.3. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan
kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai
penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan
kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci
tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta
kepentingan amalan penjarakan sosial;
5.1.4. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi
garis panduan yang ditetapkan;
5.1.5. memastikan murid mendapat akses kepada PdP
dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang
berkaitan;
5.1.6. memantau PdP yang dijalankan dan memberikan
sokongan yang bersesuaian kepada guru;
5.1.7. melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada
ibu bapa/penjaga; dan
5.1.8. membuat keputusan untuk menangani isu
pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan
yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira
pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
2. Guru
5.2.1. menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran;
5.2.2. melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan
kesediaan murid dan situasi semasa;
5.2.3. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga
kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial; dan
5.2.4. memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid
yang bergejala.
5.3. Ibu Bapa/Penjaga
5.3.1. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan
sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan
gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
5.3.2. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut
kemampuan ibu bapa/penjaga; dan
5.3.3. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk
terus belajar.

