★☆ Perhatian: Jaga Keselamatan Anak & Patuhi Peraturan Lalu Lintas!☆★

★☆ 18/3-31/8.2020 RMCO !☆★

Peringatan Mesra

Para Ibu Bapa, 
KPM berharap agar murid tidak berhenti belajar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sejak 1 April 2020, semua guru telah berusaha untuk memberikan kerja, bahan pengajaran, bahan bacaan dan latihan melalui google classroom. Akan tetapi, kesannya tidak memuaskan terutamanya bagi murid Tahun Enam. Jangan ingat peperiksaan UPSR dibatalkan bermakna tidak perlu belajar. Guru Besar berharap semua murid dapat terus belajar, terus membaca di rumah agar tidak membazirkan masa dalam tempoh ini. Guru Besar yakin anda semua dapat melakukannya. Harap anda terus "Stay At Home"! Basuh tangan selalu, minum air selalu. Jaga kesihatan dan keselamatan anda. 


Semasa MCO, Harap ibu bapa memantau anak belajar di rumah, guru telah memberi kerja rumah, latihan, pengajaran melalui platform KPM iaitu Google Classroom, GB masih tidak puas hati tentang penglibatan pelajar yang rendah, semua rekod pembelajaran dan pengajaran adalah direkod, Harap maklum. Terima Kasih.