"Novel coronavirus" di Wuhan, China yang merosot telah merebak ke tempat lain di seluruh negara. Selain itu, "influenza A" sebelum ini juga berlaku di dalam negara dengan serius. Di sini, pihak sekolah ingin semua murid memberi perhatian :
1. Murid yang telah melawat atau pulang bercuti ke negara Wuhan, China pada masa cuti Tahun Baru Cina ini perlu kuaramtinkan diri sendiri selama 14 hari. Murid boleh melaporkan diri ke sekolah dan menghantar e-mel ke sekolah (wbc0144@moe.edu.my) untuk mengatur tempoh hari kuaramtim.
2. Jika terdapat tanda seperti demam dan batuk. Sila berjumpa doktor, berehat di rumah dan melaporkan kepada guru kelas. Kembali ke sekolah selepas mendapat izin dari doktor anda.
3. Pakai topeng dengan kerap, terutama di tempat awam atau pengangkutan awam.
4. Sentiasa mencuci tangan. Menggunakan sabun atau pembersih tangan pada masa pulang dari luar, sebelum dan selepas makan, dan selepas pergi ke tandas.
5. Amalkan kebersihan diri dengan menutup mulut dan hidung dengan kertas tisu semas batuk dan bersin. Selepas itu, membuangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah dan membasuh tangan anda dengan segera.
6. Apabila mengambil makan di luar, anda digalakkan membawa pinggan mangkuk sendiri.
7. Cuba mengelakkan diri sendiri ke tempat awam yang sesak. Balik ke rumah secepat mungkin sselepas waktu persekolahan.
8. Sekiranya terdapat murid yang demam ,ibu bapa diminta untuk membawa anak mereka ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan sehinggan mendapat pengesahan daripada doktor.
9. Sekolah akan mengedarkan sekotak topeng bagi setiap kelas sekiranya diperlukan. Sekolah menggalakkan semua murid agar boleh menyediakan topeng diri sendiri untuk perlindungan kesihatan sendiri.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi diri kita dan melindungi kesihatan kita!